• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Hoki Wanita Negara Pertahan Pingat Emas

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Wanita negara meraih pingat emas acara hoki wanita di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) setelah mengalahkan Thailand 2-0 di Stadium Hoki Nasional, di sini malam ini.

Pasukan Malaysia juga mempertahankan pingat emas yang diperoleh pada edisi sebelum ini, dengan penuh bergaya tanpa dibolosi sebarang jaringan.

Malaysia memperolehi jaringan menerusi Hanis Onn pada minit ke 46, sebelum Nuraini Rashid menambah satu lagi jaringan seminit kemudian.

Ketua Jurulatih Malaysia, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata walaupun pasukan negara mendominasi kejohanan dengan rekod tanpa kalah, keseluruhan 32 jaringan tanpa bolos, namun skuad itu dilihat masih berhadapan masalah ketajaman menjaringkan gol.

“Ini yang merisaukan saya, kita sukar untuk jaringkan gol,” katanya.

Beliau berkata skuad itu akan berehat selama dua minggu sebelum kembali menjalani latihan untuk persiapan ke Sukan Asia di Indonesia tahun hadapan.

Terdahulu, acara hoki padang wanita itu menyaksikan pingat gangsa dimenangi oleh Singapura selepas menewaskan Indonesia 2-0. – BERNAMA

Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

Nga Kor Ming Kata Beliau Tiada Masalah Digelar ‘Menteri Tandas’

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming tidak kisah jika ada pihak menyindir atau menggelarnya...

Kecoh Di Balai Undang Luak Rembau Pagi Tadi

Kecoh Di Balai Undang Luak Rembau Pagi Tadi

19/10/2026
0

SEREMBAN - Pihak media hari ini melaporkan keadaan di Balai Undang Luak Rembau pagi tadi kecoh apabila berlaku percubaan menghalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd