• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Dedah Jasad Jacko Tiada Dalam Kubur

oleh AK-47
28/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR sepuluh tahun disemadikan, kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, pihak keluarga Michael memang sengaja merahsiakan lokasi makam penyanyi lagu hit Beat It itu.

Ibunya, Katherine Jackson, mendedahkan mayat Michael tidak ada di dalam keranda saat dimakamkan pada tahun 2009.

Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka jasad Michael dikebumikan di Forest Lawn, namun sebenarnya tidak.

“Semua orang menyangka Michael Jackson ditanam di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.

“Keluarga Micheal merahsiakan lokasi sebenar kubur atas alasan keselamatan selain untuk mengabulkan permintaan Michael.

“Bagaimanapun, Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya,” kata sumber tersebut.

Menurut sumber yang sama, tindakan Katherine itu adalah disebabkan kebimbangannya jika mayat Michael dicuri.

“Keluarga Jackson bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri jasad Michael,” katanya lagi.

Terdengar ura-ura mendakwa mayat Micheal telah dibakar manakala abunya dipercayai ditanam di bawah pohon buah pear, yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.

Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat masalah kegagalan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hollywoodmicheal jacksonpenyanyi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd