• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Stesen KTM Di Pantai Timur Ditenggelami Air

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu.

Pengerusi KTM Berhad Datuk Nawawi Ahmad berkata kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

“Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Nawawi berkata lapan perkhidmatan tren di kawasan Chegar Perah hingga Tumpat dibatalkan sejak 22 Dis lepas, melibatkan perkhidmatan tren Intercity iaitu tren shuttle No. 70, 71, 72, 73.

Turut terlibat, tren ekspres No. 26, 27, 28 dan 29 iaitu Ekspres Wau dan Ekspres Senandung Timuran, katanya.

Nawawi berkata sistem mekanikal kereta api yang turut terjejas merangkumi lapan lokomotif, 19 koc, satu buffet (katering) serta empat generator dan dijangka mengambil masa lama untuk dibaik pulih.

Namun, katanya, kos kerugian dan baik pulih masih belum dapat diketahui kerana perlu melakukan proses penganalisis secara menyeluruh.

Dalam perkembangan berkaitan, Nawawi berkata KTM Berhad turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,500 serta bekalan makanan kepada 177 kakitangannya yang terlibat banjir demi memastikan kebajikan mereka terus terjamin. – BERNAMA

Tags: KTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

13/12/2023
0

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah...

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

13/08/2022
0

SEREMBAN - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd