• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tubuh Jawatankuasa Siasat Isu Ladang Gatco

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat aduan penduduk Kampung Serampang Indah yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco, berkenaan isu penjualan tanah ladang berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua dokumen yang disertakan dalam aduan yang dibuat Badan Bertindak Peneroka Gatco, namun akan mengambil masa memandangkan perkara tersebut berlaku 40 tahun lalu.

“…jika ada asas, (SPRM) akan ambil tindakan seterusnya untuk memastikan hak rakyat dan penduduk Gatco terbela,” katanya selepas bertemu dan mendengar sendiri keluhan penduduk kampung tersebut, di sini hari ini.

Lawatan itu susulan aduan yang dibuat badan bertindak penduduk kepada SPRM pada Rabu lepas. Hadir sama Pengerusi MIC Jelebu R. Ravi yang juga Pengerusi MIC Cawangan Kampung Serampang Indah.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata walaupun isu Ladang Gatco pernah dibawa ke mahkamah atas kes sivil, perkara itu tidak menghalang siasatan SPRM yang meneliti pada aspek rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

“Saya mahu SPRM menjadi badan pencegahan rasuah dan agensi rakyat yang akan bertindak untuk rakyat tidak kira bangsa dan agama.

“Kalau sekiranya hak-hak rakyat diceroboh dan dikhianati oleh orang yang tamak dengan salah guna kuasa, SPRM akan bertindak,” katanya.

Terdahulu, Ravi menyerahkan lebih 150 dokumen melibatkan urusan jual beli tanah di Ladang Gatco dan aduan setebal tujuh muka surat kepada Dzulkifli.

Antara lain badan bertindak penduduk kampung itu mendakwa terdapat penyelewengan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah sekitar RM500 juta.

Rentetan kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabkan ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan tersebut sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 10 ekar (4 hektar) dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Pada awalnya ladang tersebut dirancang untuk dijadikan ladang getah, namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah tersebut dirampas sebelum ditawarkan dalam lelongan awam pada 2004 dan dibeli oleh Thamarai Holdings pada 2007. – BERNAMA

Tags: hartanahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd