• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas E-Mel, Telefon Dakwa Dapat Tiket ‘Percuma’ SIA

oleh
27/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Awas jika terima e-mel atau panggilan telefon yang mendakwa syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) konon menawarkan tiket percuma sempena ulang tahunnya yang ke-70.

Menurut laporan stesen Channel NewsAsia, SIA dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini semalam, mendakwa terdapat satu komplot penipuan yang cuba memperoleh maklumat peribadi para pelanggan setianya.

SIA menambah terdapat juga laman sesawang palsu yang kelihatan serupa dengan versi rasmi syarikat kebangsaan Singapura itu, selain panggilan telefon yang mendakwa konon petugas perkhidmatan pelanggan dari SIA.

Suspek kemudian memaklumkan kepada pelanggan terbabit bahawa mereka dipilih untuk menyertai satu cabutan bertuah atau sudahpun memenangi tiket penerbangan. Pelanggan kemudian diminta memberikan butiran peribadi.

“Untuk kelihatan (seperti syarikat yang) sah, pemanggil sedemikian malah dapat mengubah nombor telefon mereka supaya kelihatan sama dengan nombor rasmi telefon syarikat kami,” menurut SIA dalam kenyataannya itu.

“Kami menasihati pelanggan supaya berjaga-jaga apabila mendedahkan butiran peribadi kepada sumber yang tidak dapat dipastikan. Mesej, laman, kiriman e-mel dan panggilan telefon perlu dipastikan jika anda berasa ragu-ragu.”

SIA menambah pelanggan yang mahu mengesahkan kiriman e-mel, panggilan telefon atau aduan mengenai laman palsu boleh melakukannya menerusi ruang maklum balas di laman rasmi syarikat itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SIASingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd