• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Aziz Bukan Seperti Yang Disangka Selama Ini

oleh
27/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI kontroversi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bakal tampil dengan drama siri terbaru ‘Meh Sandar Lagi’ bergandingan dengan pelakon kecil molek, Mira Filzah.

Di saat terdapat pihak yang menghentam dan menjatuhkan Aliff kerana dikatakan tidak berdisiplin sewaktu bekerja, producer Zeel Production pula memuji sikap artis tersebut.

Pemilik syarikat Zeel Production, Fadzil Teh mengatakan Aliff telah menunjukkan disiplin sangat baik sepanjang tempoh penggambaran drama Meh Sandar Lagi yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

“Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan.

“Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya,” katanya dilaporkan mStar Online.

Drama bersiri ini bakal menampilkan beberapa barisan pelakon tanah air yang tidak asing lagi seperti Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.

Ia bakal ditayangkan di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam bermula 28 Ogos ini.

Fadzil memberitahu sememangnya sebelum ini ada beberapa pihak yang pernah memberi amaran berikutan masalah disiplin Aliff.

Namun dia tetap positif dan memberi peluang kepada pelakon tersebut untuk membuktikan diri.

Tambah Fadzil lagi, sepanjang pihaknya bekerja dengan Aliff, dia mendapati bahawa pelakon ini tidak mempunyai sebarang masalah kerana sikap dan komitmen yang ditunjukkan sangat berbeza seperti apa yang dikatakan.

“Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan.

“Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai drama itu, Fadzil berkata penggambaran sebenarnya sudah bermula sejak Ramadan lalu namun dihentikan buat seketika berikutan Aliff terlibat dengan projek lain.

“Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika.

“Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah,” katanya.

Aliff sebelum ini kecoh dikaitkan berikutan isu kantoi di pusat karaoke dengan isterinya, Bella Astillah ketika bersama heroin drama Izinkan Aku Mencintaimu, Afifah Nasir. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Aliff AzizMira Filzah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd