• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis: Penyokong Malaysia, Indonesia Jaga Kelakuan

oleh Ahmad Albab
27/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menasihatkan para peminat bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam di sini malam ini, menjaga kelakuan dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau terhadap pasukan lawan.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan kekacauan pada perlawanan, yang dijangka sengit dan disaksikan kira-kira 80,000 penonton.

“Pasukan polis akan ‘full force’ malam ini. Kami akan menempatkan anggota beruniform dan berpakaian preman di dalam dan di sekitar stadium termasuk di tempat duduk penonton mulai petang ini sehingga habis perlawanan bagi tujuan keselamatan.

“Selain polis dari kontinjen Selangor, kami turut mendapat tambahan anggota daripada kontinjen lain yang berdekatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengingatkan para penyokong mengikut segala arahan ditetapkan, Mazlan berkata pemeriksaan badan yang ketat dilakukan pada setiap orang di pintu masuk bagi mengelakkan bahan-bahan terlarang seperti bahan letupan dan senjata tajam mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dibawa ke dalam stadium.

​​​​​​​​​​​Barang larangan lain seperti pemetik api, payung dan botol air minuman juga dilarang dibawa masuk ke stadium.

Mazlan turut menasihatkan peminat bola sepak agar merancang perjalanan mereka dan hadir awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan di pintu masuk stadium.

“Setakat ini tiada rancangan untuk polis melakukan penutupan jalan di sekitar stadium.

“Pintu masuk akan dibuka seawal pukul 4 petang dan semua penonton akan diimbas terlebih dahulu sebagai langkah keselamatan. Tempat duduk penyokong Malaysia dan Indonesia juga diasingkan,” katanya.

Mazlan berkata para penyokong Indonesia dibenarkan memasuki stadium melalui Pintu A manakala para penyokong Malaysia melalui Pintu B, C dan D.

Dalam aksi separuh akhir malam ini, Malaysia yang menjuarai saingan Kumpulan A akan berdepan Indonesia yang menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua.

Satu lagi aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung di Stadium Selayang petang ini menemukan juara bertahan, Thailand selaku juara kumpulan B dan naib juara kumpulan A, Myanmar. – BERNAMA

Tags: penyokongSukan SEA KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

Lebih 800 Penyokong Hadir Himpunan Solidariti Najib – Polis

06/01/2025
0

PUTRAJAYA - Lebih 800 individu hadir di pekarangan Istana Kehakiman di sini, bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Mayat Cikgu Murdani Yang Jatuh Ke Sungai Pahang Ditemukan Lemas

Penyokong Imran Khan Serbu Ibu Negara Pakistan, Tuntut Pembebasannya

26/11/2024
0

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh ketika mereka cuba menghalang ribuan penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd