• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jackie Jalani Pembedahan, Tapi Masih Kuat Bekerja

oleh
27/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kung fu Hong Kong kegemaran ramai, Jackie Chan masih lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan walaupun usinya sudah mencecah 63 tahun!

Meskipun boleh dikategorikan sebagai golongan warga emas, Jackie masih lagi mampu untuk membuat aksi-aksi stunt seperti zaman muda-mudanya dulu.

Bagaimanapun, Jackie dikatakan mempunyai masalah kesihatan tetapi dia berkeras masih kuatkan dirinya untuk meneruskan penggambaran sehingga tamat.

Ketika di sidang media filem The Foreigner, beliau ditanya tentang pembedahan yang terpaksa dihadapinya selama lima jam di London. Beliau dikatakan mengalami kesakitan otot ketika dalam pembikinan filem Kung Fu Yoga.

Tambah lagi ketika menjalankan penggambaran filem The Foreigner, keadaannya bertambah lagi teruk.

“Saya terpaksa dibawa ke bilik pembedahan di London. Saya diberitahu pembedahan hanya memakan masa 45 minit sahaja, tapi akhirnya jadi lima jam. Dua orang pembantu saya dah risau dan menangis di luar bilik pembedahan.

“Keesokan harinya, saya kembali bekerja macam biasa. Saya boleh buat aksi bergaduh seminggu lepas pembedahan walaupun doktor suruh saya rehat dulu,” katanya yang dikenali sebagai seorang yang sangat mementingkan kerja berbanding kesihatan dirinya sendiri.

Jackie menambah lagi bahawa pengarah filem ini, Martin dikatakan mempunyai pengalaman yang luas dan dapat menghasilakn filem yang bermuut tinggi.

“Martin adalah seorang pengarah yang mempunyai pengetahuan yang luas dan profesional. Beliau amat berdisiplin dan tidak benarkan sebarang gangguan bunyi di sekitar lokasi pengambaran.

“Hinggakan saya terpaksa berjalan dengan sangat perlahan bagi menjayakan watak Quan,” kata Jackie ketika ditanya tentang Martin.

Bagi watak yang digalas olehnya dalam filem ini, dia perlu menjadi orang tua bernama Quan, dan dia disolek menjadi orang tua.

Jackie juga digandingkan dengan pelakon yang popular dengan watak James Bond, iaitu Pierce Brosnan. Baginya, Brosnan seorang pelakon yang bagus kerana dia sanggup datang ke lokasi penggambaran untuk berlatih dialog walaupun pada hari tersebut tiada scene lakonan untuknya.

Filem The Foreigner bakal ditayangkan secara serentak di pawagam GSC seluruh negara pada 30 September depan. Ia turut ditayangkan di China pada tarikh sama, manakala di Eropah dan Amerika Syarikat pula pada 13 Oktober nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

Garah Bantah Sesi Libat Urus Penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional, Wakil Penganut Islam Minoriti

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Sekretariat Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) membantah sesi libat urus berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional...

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

Tunku Mahkota Ismail Terima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan SAM-100PLUS 2025

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Anugerah SAM-100 PLUS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd