• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Penjawat Awam Perlu Bersedia Untuk Bersara Wajib

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiap penjawat awam perlu bersedia untuk bersara wajib apabila tiba masanya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata waktu itu tiba apabila mereka mencapai usia 60 tahun.

“Apabila usia mencecah 60 tahun, itu adalah usia untuk bersara wajib daripada perkhidmatan. Jadi semua memang patut bersedia untuk pencen pada usia itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Khalid ditanya mengenai laporan yang menyatakan beliau akan melanjutkan tempoh perkhidmatannya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekalipun dijadualkan bersara wajib bulan depan.

Beliau sebelum ini mengesahkan akan bersara pada September.

Berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM, Khalid menyertai pasukan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976 dan dilantik sebagai ketua polis negara pada 17 Mei 2013.

Ditanya mengenai perancangannya selepas bersara, Khalid berkata ketika ini beliau sedang mengikuti kelas memasak.

“Saya masuk kelas ini untuk kembangkan minat dalam bidang memasak… setakat ini saya hanya pandai masak telur,” katanya dalam nada gurauan.

Mengenai lawatan kerjanya hari ini, Khalid berkata ia lawatan biasa yang dilakukan oleh pegawai kanan polis yang akan bersara termasuk ketua polis negara.

“Saya tidak dapat lawat semua kontinjen, jadi saya lawat kontinjen yang saya pernah berkhidmat… macam Negeri Sembilan saya pernah berkhidmat sebagai ketua polis negeri, saya juga berasal dari Negeri Sembilan.

“Selepas ini, saya akan lawat kontinjen Kedah kerana di situ juga saya pernah berkhidmat sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut berterima kasih kepada media cetak dan elektronik yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepadanya.

“Terima kasih kepada pihak media termasuk media elektronik yang sentiasa sokong saya… walaupun ada sesetengah media elektronik yang kerap mengkritik saya, tetapi saya anggap itu sebagai cabaran,” katanya.

Khalid juga mengingatkan pihak media agar sentiasa melaporkan berita berdasarkan fakta dan bukan berlandaskan andaian serta ulasan sendiri. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd