• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembak Mati Polis: Dua Lagi Lelaki Ditahan

oleh AK-47
26/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan dua lagi suspek berhubung kes pembunuhan seorang pegawai rendah polis, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail dalam kejadian di Taman Sri Hosba, Changlun pada malam 18 Ogos lepas.

Penahanan dua lelaki itu menjadikan kesemua yang ditahan untuk siasatan kini ialah sembilan orang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Alathrash Wahid berkata, kedua-dua lelaki berusia 36 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Alor Setar dan Jitra petang semalam.

“Kedua-dua lelaki itu yang bekerja sendiri ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 31 Ogos,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, tempoh tahanan reman seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan rakan kepada Abu Hashim disambung tujuh hari lagi bermula hari ini hingga 1 September.

Kesemua sembilan lelaki ini direman bagi membantu siasatan terhadap kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noor Farah Hazwani Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tujuh yang ditahan sebelum ini termasuklah rakan Abu Hashim yang dikenali sebagai ‘Raja Sempadan’.

Pada Jumaat lepas, Abu Hashim, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, maut selepas ditembak di sebuah rumah seorang rakannya di Taman Sri Hosba.

Dalam kejadian pada 10.25 malam itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat terkena empat daripada enam das tembakan yang mengenai bahagian belakang badannya. – BERNAMA

Tags: ditahanSAC Mior Farid Alathrash Wahid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd