• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kazakhstan Rangka Strategi Ekonomi Dan Pelaburan

oleh AK-47
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kazakhstan, yang merupakan negara terbesar di Asia Tengah dan kesembilan terbesar di dunia, kini dalam usaha memperkukuh ekonomi dan daya saing globalnya daripada terlalu bergantung kepada komoditi.

Negara itu sudah merangka strategi ekonomi dan pelaburan menerusi model Pemodenan Ketiga yang diumumkan awal tahun ini, yang dijangka meletakkan negara itu sebagai antara 30 ekonomi global terkemuka menjelang 2050.

Kerajaan Kazakhstan yang menyedari ekonominya terjejas akibat terlalu bergantung kepada industri minyak, membuat percubaan awal untuk mempelbagaikannya dengan menyasarkan sektor seperti pengangkutan, petrokimia farmaseutikal dan pemprosesan makanan, menerusi usaha meningkatkan pembangunan dan pelaburan.

Berdasarkan geografi, negara terbesar bekas republik Soviet itu, tidak termasuk Rusia, ia memiliki rizab bahan api fosil yang banyak, selain mineral dan logam lain seperti uranium, tembaga, dan zink serta sektor pertanian yang besar melibatkan ternakan dan bijirin.

Menerusi Pemodanan Ketiga Kazakhstan itu, lima keutamaan digariskan oleh Presiden Nursultan Nazarbayev, termasuk mempercepat pemodenan teknologi ekonomi, meningkatkan dan memperluaskan persekitaran perniagaan serta memastikan kestabilan makroekonomi.

Tumpuan perindustrian dibuat ke atas pembangunan eksport yang kompetitif dalam sektor keutamaan bagi merealisasikan matlamat kerajaan Kazakhstan untuk menggandakan eksport bukan komoditi menjelang 2025.

Justeru, usaha untuk membangunkan dan mempromosikan eksport mesti difokuskan oleh satu jabatan tunggal dengan sokongan pengeksport menerusi prinsip ‘Satu kedai sehenti’, termasuk di rantau ini.

Sepanjang dekad lepas, Kazakhstan telah memperkenalkan langkah dasar yang kukuh dan bertanggungjawab, dengan menyerap pendapatan berasaskan sumber semula jadi yang besar dengan melaksanakan rangka kerja fiskal berdasarkan peraturan.

Namun, kepelbagaian masih menjadi cabaran bagi negara yang memiliki rizab minyak sembilan terbesar di dunia dengan pengeluaran hidrokarbon menyumbang 18 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan kira-kira 60 peratus daripada eksport pada 2015.

Pada November 2014, Presiden mengumumkan dasar rangsangan domestik yang teguh, Nurly Zhol (Bright Path), untuk memacu pelaburan langsung negara dan asing (FDI) dalam sektor infrastruktur dan keutamaan kritikal dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Menerusi kira-kira US$9 bilion, Nurly Zhol akan membantu mengalihkan produktiviti ke arah perniagaan berasaskan pertanian, pembuatan, perdagangan dan logistik, pelancongan, teknologi maklumat dan kewangan, jauh daripada sektor minyak.

Menerusi rangsangan dan Pelan Kebangsaan ‘100 Langkah-Langkah Khusus’, Kazakhstan telah melepasi peringkat permulaan transformasi global yang kompleks, dan disusuli model Pemodenan Ketiga.

Pada 2016, aliran masuk kasar FDI ke Kazakhstan berjumlah US$20.6 bilion berbanding US$14.8 bilion pada 2015, yang menunjukkan minat pelabur asing yang lemah ekoran krisis ekonomi sebelum ini, sudah mula kembali.

Pada 2014-2016 sahaja, negara itu memperuntukkan tambahan 1.7 trilion Kazakh tenge untuk menyokong ekonomi, dan telah memberikan peluang untuk pertumbuhan ekonomi dan sokongan untuk perniagaan selain mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan baharu. (US$1=331.09 Kazakh tenge)

Inisiatif ini telah membawa kepada pertumbuhan 1.0 peratus KDNK tahun lepas dalam keadaan mencabar, walaupun lebih rendah daripada 1.2 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bank Dunia mengunjurkan Kazakhstan akan menjana pertumbuhan secara perlahan-lahan apabila harga minyak pulih dan pengeluaran minyak secara beransur-ansur meningkat, namun pertumbuhan KDNK dijangka kekal rendah berbanding sebelum 2014. Ia berkembang 4.2 peratus pada 2014

Sementara itu, ekonomi bukan minyak juga dijangka berkembang, dibantu oleh peningkatan sentimen pelabur dan keyakinan pengguna yang akan menyokong permintaan domestik.

Memandangkan kesan inflasi terhadap penurunan nilai mata wang semakin merosot, gaji sebenar dan kuasa beli penduduk dijangka bertambah baik.

Ini boleh membantu pengurangan kemiskinan, namun pada kadar yang lebih perlahan. – BERNAMA

Tags: Ekonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd