• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Miliki Sijil Halal Perlu Dipermudah

oleh AK-47
25/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Proses perolehan sijil halal kepada penggiat industri tempatan, perlu dipermudahkan dan diseragamkan bagi mengoptimumkan potensi industri halal yang semakin berkembang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah memberi keutamaan atau mempercepatkan permohonan sijil halal daripada syarikat yang telah memiliki sijil tertentu seperti Skim Amalan Pertanian Baik (myGAP) atau Amalan Pengilangan Baik yang dipraktikkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Secara asasnya sijil dan logo halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), namun pada masa yang sama terdapat kementerian yang turut menetapkan standard tertentu kepada penggiat industri sebelum mendapat sijil perakuan, yang antara lain turut meliputi perkara asas dalam perakuan sijil halal.

“Sebagai contoh, jika syarikat itu telah memiliki sijil myGAP, kita mahu tahu apa lagi yang perlu dilakukan bagi memperoleh perakuan halal Jakim, dan ini antara yang perlu diberi tumpuan dan dimudahcarakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018: Memperkasa Ekosistem Industri Halal di sini hari ini.

Othman berkata jumlah eksport makanan halal negara sebanyak RM42 bilion yang direkodkan tahun lepas adalah terlalu rendah berbanding potensi pasaran produk makanan halal dalam kalangan negara Islam yang bernilai US$680 bilion.

“Kita yakin penggiat industri halal tempatan bersedia untuk ke pasaran dunia, namun perkara utama yang perlu diselesaikan dahulu ialah bagaimana perolehan sijil perakuan halal dapat dipermudahkan,” katanya.

Othman berkata Jabatan Standard Malaysia telah diminta untuk mengkoordinasi pertemuan antara kementerian dan agensi yang mempunyai standard dan piawaian dalam amalan masing-masing bagi mencari satu kaedah terbaik untuk amalan tersebut diselaraskan bagi memudahkan Jakim mengeluarkan sijil halal.

Katanya mesyuarat hari ini juga mengambil maklum mengenai masalah yang dihadapi Jakim iaitu kekurangan petugas dalam menguruskan proses persijilan halal, dan akan mencadangkan kepada kerajaan agar graduan dalam jurusan agama diambil sebagai petugas. – BERNAMA

Tags: HalalJakim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd