• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Brokoli Punca 16 Atlet Negara Keracunan Makanan?

oleh Ahmad Albab
25/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 16 atlet Malaysia daripada pasukan renang dan petanque mengalami keracunan makanan.

Semua atlet tersebut yang menginap di salah sebuah hotel terkemuka mengalami masalah itu pada Rabu dan seorang atlet renang sudah pun dimasukkan ke hospital.

Perenang negara, Daniel Bego yang dimasukkan selama satu malam untuk pemauntauan terpaksa tarik diri daripada acara renang bebas 200m yang dijadualkan berlangsung pada Rabu malam.

Presiden Persekutuan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar (gambar) berkata, pihaknya sedar mengenai situasi itu dan semua langkah berjaga-jaga sudah diambil.

“Pihak kami diberitahu bahawa semua agensi berkaitan sudah diingatkan dan sedang melihat perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Pameran Antarbangsa Malaysia (Mitec) pada Khamis.

Temasya Sukan SEA ke-29 (KL 2017) tidak mempunyai Games Village yang khusus dan semua kontinjen ditempatkan di beberapa hotel di ibu negara.

Tunku Imran yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan bahawa selain daripada makanan, satu lagi masalah yang berlaku adalah pengangkutan.

Pemandu sesat dan tiba lewat sehingga terpaksa menunggu lama untuk bergerak adalah antara isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, brokoli yang tercemar dipercayai merupakan antara bahan yang mungkin menyumbang kepada kejadian keracunan makanan.

Khairy Jamaluddin yang turut disertai oleh pegawai Kementerian Kesihatan telah melawat hotel yang menempatkan seramai 845 orang kontinjen negara. – The Star/mStar Online

Tags: Atlet Sukan SEAKeracunan Makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

16 Pelajar MRSM Johor Bahru Keracunan Makanan

03/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Sekurang-kurangnya 16 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru dilapor mengalami gejala muntah-muntah, cirit-birit dan demam disyaki...

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd