• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: ATM Kerah 40 Pegawai Dan Lebih 500 Anggota

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengerahkan 40 pegawai, 531 anggota pelbagai pangkat, 32 trak, 23 bot dan lima pacuan empat roda bagi membantu mangsa banjir di tiga negeri di Pantai Timur.

Pegawai Staf Perhubungan Awam, Bahagian Hal Ehwal Awam, J7 Markas ATM Lt Kol Zahrullail Hidayat berkata pelbagai pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut diletakkan dalam siapsiaga untuk tujuan itu.

Beliau berkata menurut maklumat terkini daripada Pusat Operasi Pertahanan Awam ATM, seramai 21 pegawai, 235 anggota pelbagai pangkat, 12 buah trak 3 tan dan 14 bot dikerahkan ke Kelantan.

“ATM turut mengerahkan 17 pegawai, 211 anggota pelbagai pangkat, 11 trak 3 tan, enam bot dan tiga kereta pacuan empat roda ke Terengganu.

“Manakala negeri Pahang, dua pegawai, 85 anggota pelbagai pangkat, sembilan trak 3 tan, tiga bot dan sebuah kereta pacuan empat roda, bagi membantu mangsa di sana,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya pesawat TUDM CN235 dan C130 disiapsediakan di Pangkalan Udara Subang untuk membantu mangsa banjir di negeri Kelantan dan Terengganu, manakala pesawat TUDM 3 X EC 725 disiapsediakan di Gong Kedak, Terengganu bagi membantu mangsa di Pahang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pihaknya telah mengerahkan 60 anggota dan pegawai bomba, 13 lori dan 19 bot ke tiga negeri Pantai Timur berkenaan untuk membantu mangsa banjir.

“Anggota-anggota berkenaan akan memastikan keselamatan setiap mangsa banjir terjamin,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMBanjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd