• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tersasar Emas Pertama Boling Padang

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasrat Malaysia untuk mengutip emas pertama dalam acara boling padang yang berlangsung di Pusat Boling Padang Kebangsaan, Bukit Kiara, di sini hari ini tidak kesampaian apabila hanya sekadar meraih pingat perak.

Skuad boling padang fours lelaki ditewaskan Filipina dengan mata 16-14.

Pasukan fours lelaki negara dibarisi Daeng Dhadyry Dahasry, Izzat Shameer Dzulkeple, Safuan Said dan Zulhilmie Redzuan manakala Filipina dibarisi Curte Robert Guarin, Emmanuel Portacio, Leoncio Carreon Jr dan Ronald Lising.

Saingan antara pemain kedua-dua negara agak sengit ketika Filipina bangkit mengejar kedudukan mata dengan Malaysia pada ends ke-14 sebelum mendahului tiga mata di hadapan dengan 13-10.

Malaysia dilihat cuba untuk mendahului Filipina pada ends ke-16, dengan menambah lagi satu mata namun berjaya dipintas Filipina yang turut sama menambah satu mata menjadikan kedudukan 14-11.

Aksi sengit semakin memanaskan padang pada ends ke-17 apabila Filipina jauh meninggalkan Malaysia dengan mata 16-11, namun skuad negara terpaksa akur dengan mata terakhir iaitu 16-14 pada ends ke-18.

Mengulas perlawanan hari ini, kapten pasukan Malaysia, Safuan menyifatkan tewas kepada Filipina tidak bermakna skuad negara tidak melakukan yang terbaik namun kesilapan berlaku pada ends ke-13 apabila pasukan lawan mendahului dua mata.

“Prestasi saya dan rakan sepasukan baik sahaja sejak awal permainan lagi walaupun ada naik turun mata. Kami cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Fours lelaki negara kini berada pada ranking pertama diikuti Filipina, Thailand dan Brunei.

Kalungan pingat disampaikan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA

Tags: boling padang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Emas Boling Padang Hadiah Paling Bermakna Atlet Negara

03/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Kejayaan meraih tiga daripada empat pingat emas dalam acara boling padang yang dipertandingkan hari ini di...

Atlet Boling Padang Berusia 11 Tahun Curi Tumpuan

16/09/2018
0

IPOH - Kekecewaan yang ditunjukkan pelajar tahun lima, Akmal Darwisy Abdul Rahim menjadi tumpuan selepas pasukannya terlepas pingat emas acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd