• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat Teruja Fathia ‘Payung’ Gambar Mateen

oleh AK-47
24/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AURA kemeriahan Sukan Sea ke-29 KL2017 turut menarik perhatian para selebriti untuk turun padang bagi sama-sama memberi sokongan kepada kesemua atlet yang mengambil bahagian.

Dan yang pastinya selebriti tempatan pun tak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan atlet polo dari Brunei, Putera Mateen yang telah mencipta fenomena yang tersendiri di kalangan penduduk Malaysia berikutan wajahnya yang terlalu kacak.

Pelakon terkenal, Nur Fathia Abdul Latiff berkongsikan gambar selfienya bersama putera idaman gadis Malaya itu di laman Instagramnya semalam.

Perkongsian itu telah menerima hampir 90,000 likes daripada pengikut setia laman sosial aktres berusia 30 tahun itu.

This is for u girls😘

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on Aug 23, 2017 at 1:14am PDT

Kebanyakan netizen menzahirkan perasaan ‘cemburu’ mereka dengan Fathia kerana pelakon tersebut berjaya mengambil gambar bersama-sama putera berusia 26 tahun itu.

Malah, tak kurang juga yang mendoakan Fathia agar bertemu jodoh dengan Putera Mateen.

@aliya_azzahra menulis, “Lawanya @fatiyaliff, kalau ada jodoh saya sokong tu.”

“Semoga berjodoh @fatiyalatiff & @tmski,” tulis @juan_adzwan pula.

Selain Fathia, dua hos program hiburan H!Live, Adriana Adnan dan Yaya Zahir turut tidak ketinggalan berkongsi gambar mereka bersama Putera Mateen ketika putera raja itu bertarung menentang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Selasa lalu. – MYNEWSHUB.CC 

What an opportunity! #seagames2017

A post shared by YAYAAAAA 🇲🇾 야야 (@yayazahir) on Aug 22, 2017 at 4:17am PDT

Tags: Fathia Latiffputera mateenSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd