MAAF… Ini bukan berita palsu dari Amerika Syarikat (AS). Namun mesti ada puak pembangkang di Malaysia yang merah mata dan geram habis tidak senang duduk jika tahu mengenai laporan ini!
Apa halnya dalam mereka tengah memekak dan jual fitnah serata ceruk kisah Jabatan Kehakiman (DOJ) konon tengah siasat 1MDB… Tiba-tiba Presiden Donald Trump jemput Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington DC.
Ikut logik akal mana mungkin ini boleh terjadi kalau berdasarkan cerita hangat yang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang pasal tindakan DOJ kebelakangan ini sehingga canang satu dunia konon Malaysia korupsi.
Perlu diingat sudah tentu Presiden AS sendiri tidak mahu terpalit dengan apa-apa yang didakwa tidak elok waima melibatkan mana-mana pemimpin negara asing demi menjaga imej dan reputasi dirinya sebagai kuasa besar dunia.
Untuk rekod, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson yang baru dilantik sejak 1 Februari lalu turut telah melawat Malaysia selama dua hari bertemu Najib dan timbalannnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi awal bulan ini.
Dari segi hierarki, Tillerson merupakan individu ketiga paling tinggi di AS selepas presiden dan naib presiden, malah lawatan tidak dijangka beliau itu sekali gus membuktikan hubungan diplomatik erat kedua-dua negara.
Berikut ialah kenyataan Wisma Putra berhubung jemputan rasmi Trump terhadap Najib:
“YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan kerja ke Washington DC pada 12 Sepember 2017 atas jemputan Presiden Donald J Trump, Presiden Amerika Syarikat.
“Malaysia akan Amerika Syarikat menyambut ulang tahun ke 60 hubungan diplomatik pada tahun ini dan hubungan ini telah dipertingkatkan ke perkongsian yang komprehensif di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri.
“Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan hal-hal kepentingan bersama termasuk keselamatan negara, usaha menentang aktiviti keganasan dan ekstremisme, serta perdagangan dan pelaburan, yang dapat dinikmati oleh rakyat kedua-dua buah negara.”
Sementara itu satu kenyataan rasmi pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkata bahawa Presiden Trump mengalu-alukan kedatangan Najib ke Washington DC pada 12 September. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

