• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Mayat Mereput Dalam Longkang

oleh Ahmad Albab
24/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENTUL – Dibunuh atau bunuh diri? Itu persoalan ditimbulkan susulan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel dalam takungan longkang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berdekatan pusat beli-belah Jalan Kepong, Jinjang Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mayat mangsa yang mereput ditemui seorang pekerja kontraktor yang membuat pemantauan di tapak projek berdekatan.

Saksi kejadian segera memaklumkan penemuan mayat itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, siasatan dilakukan anggota polis di tempat kejadian mendapati mayat terbaring dalam keadaan separuh bogel dalam longkang sedalam 15 meter.

“Polis mendapatkan bantuan daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bagi mengangkat mangsa ke atas tebing longkang.

“Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut sebelum mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Munusamy berkata, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kamera litar tertutup (CCTV) milik JPS di tepi sungai itu berfungsi.

“Kami cuba mendapatkan rakaman CCTV bagi siasatan lanjut.

“Siasatan dilakukan bagi mengenal pasti identiti wanita itu dan mengesan waris mangsa,” katanya. – myMetro Online

Tags: Mayatpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd