• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 400 Mangsa Banjir Di SK Manik Urai Lama Selamat

oleh Ahmad Albab
26/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Lebih 400 mangsa banjir yang terpaksa mendiami tingkat tiga Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di Kuala Krai berikutan air menenggelamkan sehingga tingkat dua bangunan berkenaan, sejak lima hari lepas, dilaporkan selamat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata bekalan makanan yang terputus akibat kesukaran pasukan penyelamat sampai ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan, akibat cuaca buruk dan arus deras itu, telah dapat diatasi apabila dua bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya tiba di sekolah itu malam tadi dengan membawa makanan dan keperluan harian lain.

“Keadaan banjir didapati bertahan di Jajahan Kuala Krai hari ini, ini membolehkan usaha penghantaran bekalan makanan agak mudah,” katanya dihubungi Bernama ketika turun padang meninjau keadaan banjir yang melanda jajahan itu yang disifatkan paling kritikal.

Jajahan Kuala Krai dianggap kritikal berikutan banyak mangsa yang terperangkap ekoran air naik mendadak dengan arus deras serta laluan Kota Baharu-Kuala Krai terputus akibat banjir sehingga tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selain sekolah berkenaan, terdapat 28 lagi lokasi di jajahan itu yang penduduknya terperangkap akibat banjir dan kerajaan melalui pelbagai agensi bekerja keras untuk menghantarkan bantuan terutama makanan.

“Lokasi berkenaan termasuklah sekolah, masjid, balai raya, malah ada yang menyelamatkan diri di atas bukit. Di lokasi-lokasi ini yang terputus hubungan terdapat ramai juga kanak-kanak dan warga emas. Pasukan penyelamat kita
bertungkus lumus membantu mereka ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan menggunakan helikopter dan bot untuk menghantar bekalan makanan ke lokasi yang terputus laluan darat.

Sementara itu, seorang mangsa yang terperangkap di SK Manek Urai Lama, Rahana Awang, 42, berkata keadaan mereka amat kritikal beberapa hari lalu kerana air naik mendadak sehingga mencecah tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

“Apabila air hampir mencecah lantai aras tiga (aras terakhir), kami semua begitu cemas, Alhamdulillah air tidak naik sampai tingkat tiga,” katanya kepada Bernama melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) memandangkan bateri telefon bimbitnya terpaksa dijimatkan berikutan bekalan elektrik terputus.

Beliau berkata perkara lain yang mencemaskan mereka ialah bekalan makanan yang hampir habis dan bantuan yang diminta daripada pihak berkuasa tidak kunjung tiba.

Rohana menyifatkan banjir yang melanda jajahan itu adalah yang terburuk sehingga sekeliling bangunan sekolah kelihatan seperti lautan dan arus deras.

“Malam tadi sahaja, kami tengok lapan buah rumah hanyut, (dan) yang terlekat di bangunan sekolah tiga buah…habislah rumah kami,” katanya yang bersyukur dengan bantuan makanan dan keperluan lain yang dibawa ATM ke sekolah itu, malam tadi. – BERNAMA

DISYORKAN BACA :

Bantuan Tentera Dengan Helikopter Mula Tiba Di Manek Urai

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd