• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutip 3 Emas, 1 Perak Dalam Sukan Karate

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini menambah koleksi pingat apabila meraih tiga kilauan emas dan satu pingat perak daripada enam acara sukan karate yang dipertandingkan hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Malaysia membuka langkah dengan cemerlang apabila menewaskan Indonesia bagi kedua-dua acara kata individu wanita dan lelaki.

Ia menyaksikan peserta negara Celine Lee Xin Yi menundukkan Sisilia Agustiani Ora dengan mata 5-0 manakala Lim Chee Wei menewaskan Ahmad Zigi Zaresta Yuda dengan kutipan mata 3-2.

Tidak terhenti di situ sahaja, atlet negara terus mencipta kemenangan lagi menerusi acara kumite lelaki bawah 60kg yang menyaksikan S. Senthil Kumaran bersaing sengit sebelum menewaskan Jayson Ramil Macaalay dari Filipina dengan mata 5-3.

Bagi acara kumite wanita atas 68kg, perak milik peserta negara Pressy Misty Philip yang tewas tipis 3-4 kepada Nguyen Thi Hong Anh dari Vietnam.

Menyifatkan kemenangan sebagai hadiah paling bermakna buat keluarga, Celine berkata ia merupakan satu pencapaian peribadi bagi mengharumkan nama negara.

“Bukannya mudah untuk mengalahkan lawan tetapi saya selalu ingat bahawa saya berjuang untuk keluarga, untuk diri sendiri dan untuk Malaysia,” kata Celene kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini hari ini.

Sementara itu, Chee Wei mengganggap kemenangan itu amat berbaloi kerana tidak mudah baginya untuk menewaskan musuh tradisi dari Indonesia itu.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras, fokus serta latihan selama ini,” katanya.

Bagi Senthil Kumaran pula, beliau akan menjadikan kejayaan ini sebagai platform baginya untuk memantapkan diri dalam acara itu untuk terus mewakili negara. – BERNAMA

Tags: Karate
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Cuba Culik Wanita Sampai Kejar Ke Pusat Karate

06/01/2019
0

TINDAKAN seorang lelaki cuba menculik seorang wanita sehingga mengejarnya ke pusat karate mengundang padah apabila dia kemudiannya dipukul oleh seorang...

Malaysia Kutip 2 Emas, 3 Gangsa Dalam Karate

24/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini menambah koleksi pingat apabila meraih dua kilauan emas dan tiga gangsa daripada enam acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd