• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Vietnam Tangguh Misi Pertahan Emas Thai

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Thailand terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir kumpulan untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas terikat 1-1 dengan Vietnam di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Vietnam, yang tewas kepada Thailand dua tahun lalu di final Sukan SEA Singapura, bagaimanapun terlebih dahulu mengejutkan negara ‘Gajah Putih’ itu seawal minit ke-11 menerusi jaringan Hai Yen Pham.

Namun, Rattikan Thongsombut muncul penyelamat apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 untuk terus menghidupkan peluang Thailand merangkul pingat emas.

Thailand kini terus mengungguli carta kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama Vietnam di tempat kedua, namun hanya dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Dalam pada itu, Myanmar hampir pasti merangkul pingat gangsa selepas melengkapkan perlawanan terakhir dengan kemenangan 6-0 ke atas Filipina di Universiti Malaya (UM) Arena.

Tiga gol Myanmar dijaringkan oleh Khin Moe Wai pada minit keempat, diikuti minit ke-81 dan 90 manakala tiga gol lagi dijaringkan Win Theingi Tun, Yee Yee Oo dan Naw Arlo Wer Phaw masing-masing pada minit ketujuh, (minit ke-19) dan (minit ke-20).

Selepas tiga perlawanan liga sepusingan, tuan rumah Malaysia tercorot di tangga kedudukan tanpa sebarang mata. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd