• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bendera Terbalik: KJ Dituntut Perkasa Berundur

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memohon maaf kepada kepada kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) Indonesia yang marah dengan insiden gambar bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan SEA Ke-29.

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajudin Salleh berkata, Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali sedang berusaha menghubungi Ketua Umum LMP dan kemungkinan mengadakan kunjungan hormat ke atas pimpinan LMP.

“Perkasa ingin nyatakan betapa kami tidak boleh terima kesilapan seperti itu berlaku. Ini soal bendera sesebuah negara.

“Bendera kita jika terkena lantai pun kita sudah menjerit marah, apalagi jika ia dipasang di tiang atau dicetak berkeadaan terbalik.

“Perkasa dengan rasa rendah diri secara rasmi memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia. Kami memahami betapa marahnya rakan-rakan kami dari NGO LMP dan rakyat Indonesia dalam isu tersebut.

Kami juga mengerti kesilapan seperti itu amat sukar dimaafkan apatah lagi kami Perkasa amat memahami semangat patriotisma SUMPAH PEMUDA INDONESIA,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kumpulan LMP pernah mengadakan demonstrasi berhubung isu di Ambalat pada tahun 2009 sebelum menganjurkan “ganyang Malaysia” dengan membakar Jalur Gemilang selepas isu sempadan di perairan di Riau pada tahun 2010.

Perkasa seterusnya menuntut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya meletakkan jawatan disebabkan gambar bendera Indonesia dicetak terbalik dalam buku panduan Sukan SEA Ke-29.

Malaysia menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam telah pun membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu yang tidak disengajakan itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini malah mengumumkan Indonesia telah memaafkan Malaysia mengenai insiden yang tidak disengajakan tersebut dan berharap rakyat negara itu tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan tersebut.

Naib Presiden, Jusuf Kalla malah berkata, semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan Kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Kesal Onn Hafiz Kritik Dasar Kerajaan Madani, Bawa Berbincang

DAP Johor Kesal Onn Hafiz Kritik Dasar Kerajaan Madani, Bawa Berbincang

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa kesal kesal kerana Datuk Onn Hafiz Ghazi...

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

Ketua UMNO Subang Sindir ‘Prototaip Proton’ Guna Logo BMW

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah secara berseloroh menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd