• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Badminton Mara Separuh Akhir Berpasukan

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki dan wanita negara bermula dengan langkah kanan apabila mara ke separuh akhir acara berpasukan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Pada perlawanan suku akhir hari ini, skuad lelaki negara yang diwakili pemain perseorangan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven dan gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menang 3-0 ke atas pasukan Laos.

Iskandar menyumbang mata pertama negara selepas menang mudah ke atas Vixunnalath Phichith 21-7, 21-10.

Gandingan Yew Sin-Ee Yi menambah mata pasukan negara selepas menundukkan Namboun Luangamath-Sengrthit Sypaseuyh 21-9, 21-5.

Joo Ven melengkapkan kemenangan skuad negara, menewaskan Xaysomphone Vongpachith 21-10, 21-9.

Sementara itu, Iskandar berkata kemenangan hari ini menjadi pembakar semangat untuk aksi seterusnya pada perlawanan separuh akhir esok.

Skuad lelaki negara akan bertemu Singapura yang sebelum itu menewaskan Myanmar 3-0.

“Hari ini agak berhati-hati walaupun prestasi saya agak baik. Saya juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan angin dalam gelanggang.

“Tadi kita sama-sama ada buat kesilapan mudah. Saya harap akan lebih konsisten pada perlawanan esok,” katanya, yang dijangka berdepan Ryan Ng Zin Rei.

Katanya, beliau berharap dapat memberi fokus kepada kekuatan mental agar tidak terlalu tertekan.

Dalam pada itu, gandingan Yew Sin-Ee Yi yang akan bertemu Terry Hee Yong Kai-Danny Bawa Chrisnanta dari Singapura menyifatkan pertemuan pertama kali itu memberi kelebihan kepada mereka.

“Kami tidak pernah bertemu lagi. Mungkin ada kelebihan sebab masing-masing belum pernah jumpa. Kami yakin boleh menang,” kata Ee Yi.

Terdahulu, pasukan wanita negara juga tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir selepas menang mudah ke atas Myanmar 3-0 pada aksi suku akhir, pagi tadi.

Perseorangan wanita pertama negara, Soniia Cheah menang straight set 21-9, 21-19 kepada Thet Htar Thuzar, seterusnya rentak cemerlang itu diteruskan oleh beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang menundukkan Nwe Nwe Aung-Su Nwe Aung 21-5, 21-6 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Kemenangan Malaysia disahkan apabila Goh Jin Wei yang turun sebagai perseorangan kedua menewaskan Gone Yi Lin Khin 21-6, 21-8 sekali gus mengesahkan pertemuan dengan Indonesia dalam perebutan ke final esok.

Pada edisi sebelumnya di Singapura dua tahun lalu, Malaysia meraih pingat perak selepas tewas 0-3 kepada Thailand pada perlawanan akhir. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd