• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Harap RCI Beri Keadilan Kepada Keluarga Mangsa

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh kerajaan, sekiranya jadi, dapat memberikan keadilan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam tragedi Memali, Baling, Kedah pada November 1985.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS pernah mencadangkan penubuhan RCI itu tetapi tidak diterima oleh kerajaan, sebaliknya kerajaan hanya membentangkan Kertas Putih di Parlimen.

“Kandungan Kertas Putih itu lebih banyak menimbulkan persoalan dan tidak dapat diterima oleh PAS pada masa itu selain ia diragui,” katanya ketika ditemui para pemberita di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, percaya RCI tiada kepentingan politik dan hanya akan menyiasat perkara yang sebenarnya berlaku dalam tragedi tersebut.

Ahad lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Peristiwa Memali pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik AbdullahPASRCI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd