• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kibar Jalur Gemilang Setiap Masa Bukti Cinta Negara

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa sebagai menterjemah kesetiaan dan kecintaan kepada negara, kata Pegawai Penerangan Daerah Keningau Hendry Nurdin.

Beliau berkata pengibaran Jalur Gemilang tidak sepatutnya bermusim atau hanya dilakukan pada bulan Ogos sahaja, sebaliknya, setiap rakyat perlu merasa bangga untuk terus mengibarkan bendera negara di premis atau kediaman masing-masing pada setiap masa.

“Mengibarkan Jalur Gemilang adalah sekecil-kecil pengorbanan rakyat terhadap negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar pada program Kembara Merdeka Negaraku 2017 peringkat bahagian Pedalaman Atas di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Keningau Celestine Jetony, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Sahanip Jamil, Naib Ketua UMNO Bahagian Keningau Amir Jani dan Guru Besar SK Banjar Jinili Ramli.

Mengenai program itu, Hendry berkata aktiviti tahunan Jabatan Penerangan itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Beliau berkata seramai 90 peserta daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai program kembara itu yang akan berlangsung selama dua hari mulai hari ini dengan menggunakan 25 kenderaan pacuan empat roda dan 11 motosikal.

Hendry berkata kesemua peserta akan melalui tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Keningau iaitu Liawan, Bingkor dan Tambunan.

“Kami akan singgah di beberapa kampung terpilih sepanjang perjalanan,” katanya.

Menurutnya, jabatan itu akan memberi sumbangan wang tunai RM3,000 kepada setiap DUN terlibat melalui pemimpin pembangunan masyarakat masing-masing sebagai kegunaan pelbagai aktiviti rumah ibadah, sekolah dan belia. – BERNAMA

Tags: Hendry NurdinKibar Jalur Gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prolintas Kibar Jalur Gemilang Di Lebuh Raya

30/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan syarikat PROLINTAS mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di semua lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan...

Rakyat Kedah Diseru Kibarkan Jalur Gemilang

22/08/2017
0

ALOR SETAR – Rakyat negeri ini perlu mengambil peluang menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd