• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Benam Myanmar Layak Ke Separuh Akhir

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menewaskan Myanmar 3-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berkongsi sembilan mata dengan Myanmar yang berada di tangga teratas Kumpulan A.

Malaysia bermula sedikit perlahan dengan Myanmar terlebih dahulu menguji kubu pertahanan negara menerusi percubaan Aung Thu yang hanya sedikit tersasar di penjuru kanan pintu gol.

Bagaimanapun, selepas 25 minit perlawanan, Malaysia dilihat sudah mula menemui rentak dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya terutama sepakan percuma menarik Irfan Zakarian namun ditepis penjaga gol, Sann Sat Naing.

N Thanabalan menceriakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya apabila menampan masuk bola sepakan Matthew Davies pada minit ke-34.

Hanya seminit selepas itu, Stadium Shah Alam terus gamat dengan sorakan penyokong Harimau Malaya apabila Safawi Rasid meledak gol kedua Malaysia selepas menanduk masuk bola hantaran S Kumaahran.

Myanmar cuba bangkit memburu gol penyamaan sebaik bersambung babak kedua tetapi gagal menemui penyudah termasuk rembatan Si Thu Aung dari luar kotak penalti pada minit ke-55 yang melepasi palang gol.

Thanabalan hampir meledak gol kedua peribadi pada perlawanan itu, namun rembatan derasnya pada minit ke-59 berjaya diselamatkan Sat Naing.

Lapan minit sebelum tamat permainan, Thanabalan akhirnya menebus kekecewaan itu apabila menanduk masuk bola hantaran silang Muhammad Jafri Firdaus Chew untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0.

Myanmar akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-86 menerusi pemain gantian, Than Paing namun sudah terlambat untuk mereka sekurang-kurangnya mendapatkan keputusan seri. – BH Online

Tags: bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd