• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan VEP Kenderaan Asing Dari Thailand Masih Dikaji

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kutipan Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand hanya dapat dilaksanakan selepas selesainya kajian teknikal oleh Kementerian Pengangkutan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata pada masa ini, pihak teknikal masih mengkaji VEP di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran itu.

“Selepas kajian ini selesai, kita dapat melaksanakan kutipan bayaran VEP, seperti yang sudah dilaksanakan di Johor Bahru. Buat masa ini, kita belum ada jangka masa bagi melaksananya.

“Kita (JPJ) juga akan berbincang dengan Kerajaan Negeri berkenaan untuk mengatur masa yang sesuai untuk membolehkan kutipan bayaran VEP ini dilaksanakan di Kedah yang bersempadan dengan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penutupan Program 1 Komuniti 1 JPJ Daerah Kota Setar 2017 oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dekat sini, hari ini

Nadzri berkata bayaran VEP itu kelak mungkin sama dengan jumlah yang dikutip di Johor Bharu iaitu sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan berpendaftaran asing yang memasuki negara ini.

“Hasil kutipan VEP yang diperoleh di Johor Bharu diberikan kepada Kerajaan Negeri. Untuk kawasan sempadan Malaysia-Thailand, kita tunggu pengumuman daripada Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata sejak pelaksanaan kutipan VEP di pintu masuk Malaysia-Singapura di Johor Bahru mulai November tahun lepas hingga Julai tahun ini, jumlah kuitpannya mencecah RM9,106,900. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nadzri SironJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd