• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawan Menara Kuala Lumpur Sempena #QuranHour

oleh AK-47
22/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selebriti tanah air, Datuk Rosyam Nor bersama 20 peserta termasuk wakil media tempatan hari ini berjaya menamatkan misi pendakian 2,200 anak tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ‘Climb for #QuranHour’ dalam tempoh kira-kira satu jam.

Aktiviti pendakian itu merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour yang akan disambut pada 31 Ogos ini.

Acara pelepasan pendakian bermula pada 10.30 pagi di Taman Eco Rimba Kuala Lumpur di Hutan Simpan Bukit Nanas disempurnakan oleh Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan.

Rosyam, selaku Ikon Rumah Ngaji, berkata pengalaman mendaki anak tangga Menara KL berjaya mencetuskan semangat perpaduan dan kekeluargaan antara beliau dengan peserta bersesuaian dengan tema World #QuranHour ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’ dan Merdeka #QuranHour ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ tahun ini.

“Bila kami naik tangga demi tangga agak mudah tapi bila sampai di pertengahan dan penghujungnya ia menjadi sukar dan melelahkan kerana kami bukanlah ahli sukan. Terbayang dalam benak hati bagaimana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Baginda dari Makkah pergi ke Madinah untuk mengembangkan syiar Islam.

“Hari ini kita mengambil iktibar untuk mengibarkan bukan sahaja panji #QuranHour tetapi juga bendera Malaysia yang kita agungkan di puncak Menara KL bersama naskhah al-Quran,” katanya dalam sidang media selepas menamatkan pendakian Menara KL di sini hari ini.

Bernama adalah antara organisasi media utama yang turut serta dalam program itu selain Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Utusan Malaysia, Kumpulan Media Prima, Kumpulan Media Karangkraf dan Astro.

Penyerahan al-Quran, panji World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour serta Jalur Gemilang diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour adalah satu gerakan untuk mengajak masyarakat berinteraksi dengan al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Program World #QuranHour akan diadakan pada Khamis depan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 11 pagi, manakala Merdeka #QuranHour bersempena sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Dataran Merdeka pukul 8 malam pada hari yang sama. – BERNAMA

Tags: #QuranHourRosyam Nor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Dijangka Kekalkan Momentum Pertumbuhan

Next Post

Gerakan Dedah Surat Bantah Kilang Haram Kepada LGE

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Surah Al-Kahfi Bergema Di Masjid Putra

30/08/2019
0

PUTRAJAYA - Masjid Putra, di sini hari ini bergema dengan bacaan Surah Al-Kahfi oleh lebih 1,000 peserta sempena Malaysia #QuranHour....

Next Post

Gerakan Dedah Surat Bantah Kilang Haram Kepada LGE

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd