• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Dedah Surat Bantah Kilang Haram Kepada LGE

oleh AK-47
21/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mendedahkan surat bantahan bertarikh 25 Sept tahun lepas berhubung kilang yang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas itu telah dihantar kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Naib pengerusi Gerakan Oh Tong Keong berkata surat yang dihantar Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung itu diterima oleh wakil kerajaan negeri pada 4 Okt tahun lepas namun sehingga kini kilang itu masih dibenarkan beroperasi secara haram.

“Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri gagal menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya penduduk di Kampung Sungai Lembu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, surat itu telah mendapat tanda tangan 179 wakil penduduk di kawasan berkenaan bagi mendesak kerajaan negeri supaya mengambil tindakan terhadap kilang yang mencemarkan kawasan perkampungan mereka.

Beliau berkata kegagalan kerajaan pimpinan DAP menangani isu kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas itu telah membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai panduan urus tadbir yang cekap.

Minggu lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan operasi di kilang haram memproses serbuk kayu itu, yang dipercayai mencemari alam sekitar di Kampung Sungai Lembu.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes itu.

Susulan itu, SPRM menahan anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang merupakan pengarah dan pengurus kilang itu bagi membantu siasatan.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan anggota Dewan Undangan Negeri Penanti daripada PKR Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: Oh Tong Keong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

K’jaan P.Pinang Perjelas Masalah Penganjuran Maraton

28/11/2017
0

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini dituntut supaya memberi penjelasan berhubung penganjuran larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau...

Gerakan Mahu P.Pinang Utamakan Isu Banjir Kilat

03/11/2017
0

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri pimpinan DAP sepatutnya memberi keutamaan kepada masalah paling serius yang dihadapi rakyat dengan menyelesaikan masalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd