• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Gurun : Mangsa Bawa Balik Bom Mortar Dari Kem??

oleh AK-47
27/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Polis percaya anggota tentera yang terkorban dalam letupan bom di Gurun, Kedah semalam ada menyimpan sejenis bom di rumah  dan menurut cakap-cakap dibawa balik dari kem tempat mangsa bekerja.

Impak letupan berkenaan telah menyebabkan anggota itu, Ayub Hashim, 37, tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya mengesahkan kejadian itu dan ia disiasati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

MENARIK – Letupan Di Gurun Kedah Disebabkan Bom

Selain Allahyarham Ayub, seorang anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayub, 8 dan anak lelakinya Mohd Idham Shahmi, 5, turut meninggal dunia.

Difahamkan isteri Ayub Sharifah Haslinda, 37, dan isteri kepada jiran mangsa, Zuraidah Mat Rotbi, 30 cedera parah.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani termasuk ketiga-tiga jenazah mangsa.

Letupan kuat itu turut mengakibatkan 10 buah rumah berhampiran rosak teruk manakala 34 lagi mengalami kerosakan kecil akibat gegaran selain dua kereta turut musnah.

Di aplikasi bual Whatsapp, dilaporkan sudah mula tersebar dakwaan bahawa kes itu disebabkan oleh beberapa butir bom mortar yang dibawa balik oleh mangsa ke rumah dari tempat kerjanya di Kem Hobart di Gurun.

LetupanKedah_2 LetupanKedah_3 LetupanKedah_4

Letupan tercetus apabila ada percikan api terhasil ketika Ayub menggergaji sebutir daripada bom mortar itu sehingga ia menyambar serbuk letupan dalam bom itu sekaligus menyebabkan ia meledak.

Difahamkan ia turut menyebabkan baki bom yang lain meletup.

Dakwaan lain, mangsa membawa balik bom-bom mortar berkenaan dengan meletakkannya di dalam but kereta bagi mengambil kelonsongnya yang diperbuat dari tembaga untuk dijual.

Polis Kedah dijangka akan mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: Kedahletupan bom
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd