• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Termasuk Lelaki Dakwa Usher Sebar Herpes

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG R&B terkenal Usher menjadi bahan cemuhan peminat apabila namanya terpalit dengan skandal seks dan menyebarkan penyakit kelamin iaitu herpes kepada tiga individu.

People melaporkan perkara itu terdedah apabila Usher, 38, cuba menyelesaikan saman yang difailkan seorang jurugaya wanita pada 2012 dengan membayar pampasan sebanyak AS$1.1 juta (RM4.72 juta) pada Julai lalu.

Menerusi saman yang difailkan, wanita itu mendakwa Usher disahkan mempunyai herpes sekitar 2009 atau 2010 dan gagal memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Usher juga dilaporkan pernah membayar bil perubatan wanita itu untuk penyakit itu selepas dia disahkan dijangkiti penyakit kelamin itu pada 2012.

Tidak terhenti di situ, tiga lagi individu termasuk seorang lelaki mendakwa turut dijangkiti penyakit sama selepas mengadakan hubungan intim dengan penyanyi lagu You Make Me Wanna itu.

Peguam Lisa Bloom yang mewakili ketiga-tiga mangsa turut memfailkan saman terhadap Usher pada awal Ogos lalu bagi menuntut ganti rugi.

Dalam kertas dakwaan terhadap Usher, seorang wanita dikenali sebagai Quantasia Sharpton dan seorang lagi dikenali sebagai ‘Jane Doe’ mendakwa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan tanpa mengetahui Usher mempunyai penyakit kelamin.

Lebih mengejutkan seorang lelaki, ‘John Doe’ turut mendakwa dijangkiti selepas mengadakan seks oral dengan bintang terkenal itu.

Bagaimanapun sehingga kini usher mengunci mulut daripada mengulas dakwaan dikenakan terhadapnya.

Dalam perkembangan lain, Usher menerusi Instagram memuat naik gambar bersama penerbit, Jermaine Dupri ketika berada di sebuah studio di Florida bagi merakamkan album terbaharunya. – mStar Online

Tags: hollywoodpenyanyiUsher
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd