• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuai Punca 23 Maut Nahas 14 Gerabak Tergelincir

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 23 terbunuh dan lebih 70 lagi cedera selepas 14 gerabak kereta api ekspres tergelincir di utara India.

Kejadian pada Sabtu petang melibatkan Puri Haridwar Utkal Express itu berlaku di Khatauli, kira-kira 40 kilometer dari Muzaffarnagar.

Siasatan awal mendapati, faktor penyelenggaraan termasuk kecuaian dikenal pasti punca kejadian itu berlaku kerana tiada papan tanda amaran had laju diletakkan di laluan itu.

Ketika kejadian, kereta api bergerak 106 kilometer sejam (km/j), manakala had laju yang ditetapkan di lokasi kejadian adalah antara 10 hingga 15 km/j.

Bagaimanapun, pegawai syarikat kereta api berkenaan menolak aspek sabotaj sebagai punca kejadian itu.

Petugas kecemasan berusaha mengeluarkan mangsa yang terselamat dan menghantar mereka yang tercedera ke hospital.

Menurut pegawai kanan polis, Jitender Kumar kepada AFP, fokus mereka adalah untuk memindahkan mangsa yang terselamat.

Kemalangan pada pukul 5.37 petang itu berlaku hanya seminggu selepas berpuluh-puluh kanak-kanak mati di sebuah hospital yang kehabisan bekalan oksigen.

Laporan kerajaan pada 2012 menyebut hampir 15,000 orang terbunuh setiap tahun akibat kemalangan kereta api di India dan menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ tahunan. – AFP

Tags: Indiakemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dalam Ritual Berjalan Atas Api

29/06/2026
0

A 28-year-old man has died after falling into a pit of burning embers during a traditional fire-walking ritual held in...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd