• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Korea dan China, Giliran Malaysia Pula Di Ban?

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERANA nila setitik, rosak susu sebelanga. Rasanya perumpamaan itu sesuai digambarkan berkaitan isu tiga orang remaja yang telah membuat onar di Osaka, Jepun.

Baca: Melancong Ke Negara Orang, Buat Kecoh Sampai Tular

Juga: Mohon Maaf Buat Kecoh Tumbuk, Berak Di Jepun

Ianya berikutan kenyataan yang dimuat naik, pemilik Vitti Logde di laman Facebook tersebut. Katanya, selepas insiden yang berlaku di rumah persinggahannya, rakyat Malaysia juga akan dilarang untuk menetap di premisnya.

Insiden tersebut juga dipercayai merupakan kali ketiga berlaku di rumah tumpangan tersebut yang mana melibatkan rakyat Malaysia.

“Saya telah mengharamkan rakyat Korea dan Cina daripada tinggal rumah tamu kami dan kini kami akan melarang rakyat Malaysia juga,” tulisnya di laman Facebook.

Khabarnya, rumah persinggahan itu terkenal dalam kalangan traveller Malaysia kerana kemudahan makanan halal yang senang didapati dan juga harganya yang berpatutan.

Pengerusi Persatuan Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata kemungkinan insiden seperti ini berlaku adalah akibat pengaruh rakan sebaya.

“Mereka mungkin tidak didedahkan dengan disiplin yang betul. Kami berharap ketiga-tiganya akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Bagaimanapun, saya rasa ia adalah kes terpencil dan rakyat Malaysia tidak seharusnya menghukum perbuatan mereka bertiga.

“Orang Jepun memang terkenal dengan budaya sopannya dan banyak nilai murni yang boleh kita contohi,” katanya memetik laporan New Straits Times.

Walaubagaimanapun, malam tadi, pihak Vitti Lodge & Family Apartment telah memuat naik satu posting di Facebook yang mampu melegakan traveller Malaysia. Menerusi posting tersebut, pihak mereka mengalu-alukan kedatangan traveller Malaysia dan boleh menginap di rumah penginapan tersebut.

Dikhabarkan juga, salah seorang daripada tiga remaja yang menumbuk dinding premis berkenaan juga telah meminta maaf secara terbuka dan telah membayar ganti rugi atas perbuatan yang telah dilakukannya.

Jadi, kepada traveller di luar sana, jangan segan untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Kepada mereka-mereka semua yang bercadang mahu mengembara dan melancong ke negara orang itu, kami di sini nak nasihatkan berhati-hati dan jagalah nama Malaysia walau di mana anda berada. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd