• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tembak Polis Mungkin Libatkan Pembunuh Upahan

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan pembunuh upahan diguna dalam insiden seorang pegawai rendah polis maut ditembak di Taman Sri Hosba, Changlun di sini, Jumaat lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata polis percaya kemungkinan penembak upahan dari negara asing diupah oleh kongsi gelap dalam kes tersebut.

Katanya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff telah mengemas kini semua maklumat kepada beliau.

“Walaupun mungkin (ada) penembak upahan dari luar negara, tetapi dengan kerjasama Bantuan Perundangan Bersama dan kerjasama perkongsian maklumat perisikan, kita akan cari sehingga peroleh dan tangkap, bawa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 10.25 malam itu, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam das tembakan yang dilepaskan ke arahnya.

Kaitan: Anggota Bukit Aman Maut Ditembak

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, turut berjanji akan membantu mereka selain melakukan yang terbaik baik demi membela kematian anggota polis berkenaan.

“Kita akan usahakan yang terbaik buat keluarga mangsa dan kita akan pergiatkan gerakan memburu ahli kongsi gelap seluruh negara. Polis Diraja Malaysia sentiasa jalankan tindakan, tidak ada hari tanpa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau turut memuji komitmen anggota polis untuk menurunkan indeks jenayah di negara ini walaupun sedar risiko yang dihadapi termasuk ketika sedang bercuti.

Di Sintok, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui motif sebenar kejadian pegawai rendah polis itu maut ditembak.

Beliau berkata tiga lelaki berusia antara 30 hingga 36 tahun telah ditahan polis secara berasingan untuk membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

“Kita sedang menyiasat secara terperinci apakah motif-motif (kes tembak itu). Seorang lelaki ditahan pada hari pertama (kejadian) manakala dua lagi lelaki ditahan semalam yang datang menyerah diri kepada polis secara berasingan. Ketiga-tiga suspek ini dipercayai (dan) diyakini dapat membantu siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Ke-13 tahun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Turut serta Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa individu lagi akan ditahan berhubung kes itu setelah siasatan lanjut dijalankan ke atas tiga lelaki berkenaan. – BERNAMA

Tags: Bukit Amankes pembunuhankes tembakPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd