• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beri Kepercayaan Kepada Pembangkang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Rakyat Kedah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan dengan memberi kepercayaan kepada pembangkang menerajui negeri ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata kesilapan itu boleh menyebabkan rakyat sengsara dengan janji kosong yang ditaburkan parti lawan.

“Lihat sahaja apa yang jadi di Parlimen Pokok Sena bila pihak pembangkang menang dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini…semua yang dijanjikan tidak ke mana.

“Jadi jangan buat silap lagi. Kalau mereka (pembangkang) menang, kita takut nanti dalam tempoh lima tahun lagi masyarakat Pokok Sena akan terus sengsara,” katanya semasa berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di sini, hari ini.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Pokok Sena dimenangi wakil PAS Datuk Mahfuz Omar manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada dimenangi Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN) dan DUN Bukit Pinang dimenangi wakil PAS Romani Wan Salim.

Ahmad Bashah berkata kesilapan memberi pihak pembangkang memerintah juga boleh menyebabkan sesuatu bahagian itu kehilangan peruntukan yang besar daripada kerajaan persekutuan untuk kerja-kerja pembangunan.

“Di Parlimen Pokok Sena sahaja kita hilang RM30 juta setahun dan ini menyebabkan kerja-kerja pembangunan dan perancangan yang ingin dilaksanakan tergendala,” katanya.

Katanya, beliau yakin UMNO mampu memberikan yang terbaik buat masyarakat di sini sekiranya kawasan itu mampu dimenangi semula pada PRU akan datang. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd