• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Barcelona: Perlakuan Sinis Terhadap Orang Awam

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) mengutuk sekeras-kerasnya insiden van merempuh orang awam di Barcelona yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan dan sinis, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 maut dan 100 cedera setakat ini.

“Kita amat membenci keganasan yang kejam ini,dan harus mengelak daripada mengaitkan keganasan dengan makna sebenar “jihad”, yang pada dasarnya menyeru bagi meneruskan usaha dan perjuangan bagi keamanan,” kata pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif GMMF, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata GMMF menzahirkan ingatan dan doa kepada mangsa-mangsa serangan Barcelona, ahli keluarga mereka dan berdiri teguh dalam semangat perpaduan dengan rakyat Sepanyol.

Kira-kira 26 orang warga Perancis cedera, sekurang-kurangnya tujuh parah dalam serangan yang berlau pada Khamis di Barcelona, Menteri Luar Perancis, Jeans-Yves Le Drian mengumumkan pagi Jumaat dalam satu kenyataan.

Sebuah van merempuh sekumpulan orang ramai di sebatang jalan raya yang menjadi kawasan tumpuan pelancong di Barcelona pada Khamis. Kumpulan militan Islamic State (IS) mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Nasharudin menegaskan bahawa jihad tidak boleh disamakan dengan perlakuan ketidakadilan, keganasan dan terrorisme.

“Keganasan, pengeboman di tempat-tempat awam dan insiden penembakan orang awam adalah satu strategi yang jarang mencapai objektif kumpulan pengganas,” katanya.

Menurut beliau, keganasan hanya memakan diri dalam usaha membina ketahanan komuniti; golongan sederhana yang cintakan keamanan bersatu padu dan negara-negara membentuk pakatan dalam usaha memerangi keganasan dan kuasa-kuasa pengganas serta ideologi yang menyeleweng itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

JDT Cipta Sejarah Julang Piala Malaysia Empat Kali Berturut-Turut

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala Malaysia...

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd