• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Biarkan Berseorangan Tangani Tohmahan

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat khususnya anggota UMNO supaya tidak membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian dalam menghadapi pelbagai tohmahan yang dilemparkan pembangkang.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menggalas tugas-tugas Timbalan Presiden berkata usaha perdana menteri berdepan tindakan sedemikian daripada pembangkang walaupun membawa pembangunan dan kemajuan termasuk transformasi dalam pelbagai bidang demi memanfaatkan rakyat.

“Jangan biarkan perdana menteri kita berseorangan, kita kena bangun untuk tentukan bahawa apa yang dilakukan beliau adalah untuk kebaikan rakyat dan anggota UMNO di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang di sini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian merangkap Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Ahmad Zahid berkata memandangkan bekas pemimpin utama UMNO yang menerajui serangan terhadap parti itu, semua anggota UMNO perlu memastikan bekas pemimpin itu tidak lagi relevan dalam politik di negara ini.

“Kita mesti tentukan bahawa UMNO dan Barisan Nasional dipimpin oleh mereka yang ada ketika ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd