• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Diminta Tumpu Persiapan PRU14

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semua peringkat Pergerakan Pemuda UMNO diminta memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan bekerja keras bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata anggota pergerakan itu harus ikhlas berjuang dengan mengetepikan kepentingan peribadi dan melupakan ‘unsur-unsur’ yang berkaitan dengan pemilihan parti.

“Sepatutnya, sekarang ini mereka lebih fokus dalam membuat persiapan menghadapi PRU14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di sini, hari ini.

Beliau juga mahu anggota pergerakan itu supaya menterjemahkan komitmen dan strategi bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum itu mulai sekarang.

Mengenai calon PRU14 daripada kalangan Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan berkata perkara itu telah diutarakan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

“Cita-cita kita untuk melihat lebih ramai pemimpin Pemuda diketengahkan (sebagai calon) tetapi buat waktu ini, kita tidak perlu menyuarakan lagi kerana sebelum ini Ketua Pemuda (Khairy Jamaluddin) dan saya sendiri sudah menyatakan hasrat itu dan mengangkatnya kepada pucuk pimpinan parti,” katanya.

Beliau yakin Najib akan membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap harapan pergerakan itu. – BERNAMA

Tags: PRU14UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd