• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Di Bukit Galah Ditemui Selamat

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Bukit Galah, berdekatan Kampung Orang Asli Tekir, Batu 10, Labu dekat sini semalam, dijumpai pukul 2 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Pegawai Kanan Bomba, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mangsa yang berusia 21 tahun itu ditemui kepenatan di celah pokok.

“Ketika ditemui oleh pasukan bomba, keadaan mangsa nampak lemah kerana telah sesat selama 19 jam dan buat masa ini pihak kami sedang membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata berdasarkan maklumat awal, mangsa yang dikenali sebagai Cheong Ann Guey, telah mendaki bukit itu bersama dua rakannya dan terpisah ketika hendak turun dari bukit berkenaan.

Beliau berkata operasi menyelamat disertai seramai 43 anggota daripada unit Operasi Taktikal Khas dan Penyelamat (STORM) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, ​​​​​​​Balai Bomba Seremban 2, Balai Bomba  Nilai dan pasukan polis.

Ahmad Mukhlis berkata mangsa akan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut.- BERNAMA

Tags: Ahmad Mukhlis Mokhtar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd