• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Red Akui Sekali Lagi Kantoi Dengan Adira

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS! Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Adnan Abu kini mengesahkan bahawa dia sememangnya sedang rapat dengan seorang pelakon wanita yang dirujuk nama sebagai N.

Haaa? Siapa tu? Hamboi… bukan main lagi yaaa…

Terdahulu, suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi pernah dikatakan bercadang untuk menambah ‘cawangan’dan rupanya khabar itu adalah benar dan Datuk Red sendiri telah mengakuinya.

Baca: Suami Adira Cadang Tambah ‘Cawangan’?

Fuhhh… mungkin tidak ‘puas’ dengan dua orang isteri agaknya. Tu cari satu lagi…

Hubungan antara Adnan dan pelakon tersebut dikatakan mula terjalin sejak beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun beliau berkata hubungan itu telah pun berakhir setelah berjaya dihidu oleh Adira apabila diberitahu oleh pelakon itu sendiri.

“Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia,” kata Adnan.

Tambahnya lagi, pelakon tersebut pada mulanya berjanji untuk bersama merahsiakan hubungan itu tetapi tidak menyangka bahawa dia sendiri yang menceritakan semuanya kepada Adira.

“Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagitahu Adira. Memang kena marah lah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,” ujarnya lagi dipetik mStar Online.

Berikut adalah ulasan Adnan berikutan khabar angin yang selama ini menjadi tanda tanya.

Haaa… agak-agak siapakah gerangan pelakon bernama N tu ye? Hmmm…

Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anggerik pada 10 Mac lepas. – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: AdiraDatuk Rekantoi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelik! Lelaki ‘Kantoi’ Jilat Loceng Rumah Jiran Selama 3 Jam

09/01/2019
0

SATU rakaman menunjukkan tingkah laku pelik seorang lelaki menjilat loceng pintu rumah selama tiga jam. Rakaman CCTV itu memperlihatkan Roberto...

“Cerai Bukan Jalan Penyelesaian” – Datuk Red

25/03/2018
0

ISU penceraian antara pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh masih menjadi perbualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd