Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tolak Cadangan AS...

KUALA LUMPUR - Malaysia menolak cadangan Amerika Syarikat (AS) yang mahu mengadakan Sidang...

Kata Pro-Tun Mahathir, Tapi...

KUALA KANGSAR - Kata orang tua zaman dulu, kalau kerap sangat tersasul sebut...

Warga Emas Eksploitasi Pembantu...

PETALING JAYA - Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai dieksploitasi...

Berpisah Sejak 1976, Pengantin...

BESUT – Selepas hampir 40 tahun berpisah sebagai rakan sekolah, Awang Cucu Amin...

“Cerai Bukan Jalan Penyelesaian” – Datuk Red

ISU penceraian antara pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh masih menjadi perbualan hangat para netizen.

Perkara yang sepatutnya ditangani secara peribadi itu nampaknya telah menarik perhatian ramai pihak termasuk usahawan dan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Red itu secara terbuka mengaku oleh kerana beliau sedang menjalani kehidupan poligami, maka beliau beranggapan cerai bukanlah jalan terakhir bagi sebuah rumah tangga yang bermasalah.

Kata beliau, nasib dan masa depan anak-anak adalah perkara adalah lebih penting yang perlu dititik beratkan jika terjadinya keruntuhan rumah tangga.

Pada masa sama, beliau yang mesra disapa sebagai Datuk Red turut sempat berkongsi pengalaman yang sama ketika perkahwinan pertamanya mengakui menyesal dengan tindakan kurang matang dilakukannya.

“Saya pernah melalui perceraian pada perkahwinan pertama dan ia sangat-sangat menyedihkan dan saya menyesal terutama apabila melihat anak-anak dibesarkan oleh bekas isteri.

“Ketika itu umur saya muda dan tidak matang, setahun juga saya bersedih dan rasa bersalah dengan dua anak saya biarpun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya selepas bercerai tapi ia tidak sama macam kita besarkan sendiri depan mata.

“Kalaulah ada mesin yang boleh ulang masa saya sanggup beli mahal macam mana pun, sekarang prinsip saya biar tambah isteri, jangan buang isteri,” ujarnya dipetik mStar Online.


Dalam pada itu, Adnan juga menasihatkan agar Ude tidak lepas tangan dan melempar tanggung jawab serta bebanan anak-anak sepenuhnya di bahu isterinya.

“Saya benci kepada perkataan cerai tapi saya akui jodoh pertemuan itu Allah sudah tetapkan, mungkin jodoh mereka sampai sini tapi nasihat saya tolong jangan abaikan anak-anak.

“Saya seorang yang sayangkan anak-anak, bila berlaku sesuatu masalah dalam rumah tangga saya akan fikir anak saya dulu, jangan fikir diri kita sahaja,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kontroversi isu rumah tangga membabitkan Ude dan Intan yang menggegarkan dunia hiburan tanah air.

Memetik sumber, Datuk Red pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian iaitu setahun sebelum berkahwin dengan Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red.

Selepas itu, usahawan hartanah itu berkahwin dengan penyanyi, Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori