• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Altimet Sah Tetap Tinggal Dunia Seni, Fokus Bisnes

oleh
20/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak kenal dengan komposer dan penyanyi, Altimet yang pernah popular dengan lagu syukur suatu masa dulu. Nama beliau cukup besar dalam seni rap dan hip hop tanah air.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, mengesahkan khabar angin mengenai hasratnya bersara malah nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni pada hari lahir ke-40, November tahun depan.

Keputusan ini diambil berikutan impiannya dalam bidang seni hampir semua sudah dicapai dan tiba masanya untuk dia berubah angin dalam bidang lain pula.

“Alhamdulillah, keputusan ini saya sudah buat sejak mula bergerak solo pada 2007 dan memang nekad untuk menamatkan karier pada tahun hadapan.

“Hampir semua impian dalam bidang seni sudah tercapai. Saya sudah ada perancangan selepas ini di mana akan lebih fokus pada bisnes.

“Sekarang ini pun saya menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow dan akan ada beberapa lagi kedai baru yang akan dibuka,” kata Altimet yang dilaporkan mStar Online.

Tambahnya lagi, dia tidak akan merakam sebarang lagu mahupun membuat persembahan setelah tamat kariernya dalam bidang seni. Tetapi, hanya akan menulis lagu untuk penyanyi lain sahaja.

“Saya tak akan merakamkan album lagi dan tiada persembahan daripada Altimet. Lagu baru yang saya nyanyi memang tidak ada tapi saya tulis lagu untuk orang lain itu mungkin ada,” katanya.

Dalam pada itu, Altimet tidak ketinggalan berkongsi perkembangan baru di mana dia bakal mengeluarkan single berkolaborasi dengan penyanyi rap baharu.

Altimet memberitahu bahawa penyanyi tersebut mempunyai mutu suara yang baik dan bagus.

“Penyanyi rap baru ini belum dikenali dalam arus perdana. Tapi dia mempunyai kualiti suara yang bagus.

“Mungkin orang tengok saya hanya kolaborasi dengan selebriti yang ada sahaja. Tapi yang sebenarnya saya bukan tengok dia ada nama ke tak.

“Saya lihat pada mutu dan kesesuaian suara penyanyi tersebut dengan lagu,” ujarnya.

Terdahulu, Altimet pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew tetapi kumpulan itu berpecah dan dia memulakan kerja secara solo.

Altimet kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik Joe Flizzow, Kartel Records. –MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: AltimetKomposer lagulagenda hip hoppenyanyi rap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

PDRM Sahkan Pergi Ke Rumah Penyanyi Rap Untuk Serah Surat Panggilan Saksi

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd