• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Asing Wajib Jalani 4 Pemeriksaan Kesihatan

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pekerja asing diwajibkan menjalani empat sesi pemeriksaan kesihatan dan saringan tambahan bagi mengelakkan peningkatan penyakit berjangkit bermula 1 Januari depan, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, empat sesi pemeriksaan kesihatan adalah sebelum berlepas ke Malaysia, sebulan selepas berada di negara ini, pada akhir tahun pertama dan akhir tahun kedua.

Katanya, pekerja asing yang mengikat kontrak penggajian maksimum 10 tahun pula perlu menjalani pemeriksaan kesihatan tambahan setiap dua tahun.

“Mesyuarat hari ini turut mengambil maklum majikan cenderung menggajikan pekerja asing kerana kos lebih rendah.

“Kerajaan juga bersetuju meningkatkan levi secara progresif dan mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan kompetetif bagi menggalakkan lebih banyak majikan menggajikan pekerja tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) Ke-17, yang kedua pada tahun ini, di Bangunan Parlimen, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata kadar levi progresif mengikut bilangan pekerja asing yang digajikan akan dilaksanakan pada 2019, selepas selesai sesi perbincangan bersama pihak industri dan pihak berkepentingan.

Sementara itu, beliau berkata, pengambilan pekerja asing boleh dibuat melalui sistem atas talian iaitu Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Permohonan Pekerja Asing (SPPA).

“Kerajaan berharap tiada lagi masalah orang tengah dalam urusan pengambilan pekerja asing, sekali gus isu ini dapat dibanteras secara holistik,” katanya.

Setakat 31 Julai lalu, bilangan pekerja asing yang sah berkurangan kepada 1.75 juta orang berbanding 2.13 juta pada Disember 2015.

Mesyuarat itu turut membincangkan lapan perkara daripada enam kementerian.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan cadangan status semasa penggajian pekerja asing dan projek perintis kebenaran bekerja untuk pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Rohingya.

Jabatan Imigresen mencadangkan pendaftaran PATI dan majikan bagi pengeluaran kad penguatkuasaan (E-kad).

Kementerian Sumber Manusia mencadangkan penambahbaikan persekitaran penggajian pekerja asing dan cadangan model dan kadar baharu levi pekerja asing.

Kementerian Kesihatan mengemukakan cadangan memperkukuhkan semula pemeriksaan perubatan pekerja asing.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan garis panduan permohonan penempatan sementara pekerja asing di lokasi baharu dalam sektor pembuatan di bawah konsep ‘factory-in-factory’.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan Skim Khidmat Layan Diri (SKLD) di stesen minyak. – BH Online

Tags: pekerja asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd