• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hidangan Seks ‘Kelas Tinggi’ Di Bilik Mewah

oleh AK-47
18/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Berselindung di sebalik pusat urut dan refleksologi, tiga premis yang menawarkan khidmat seks pada harga ribuan ringgit, di Takada, dekat sini, diserbu Jabatan Imigresen Tawau.

Dalam serbuan 10.30 malam itu, 12 wanita warganegara Filipina, enam rakyat Thailand dan seorang warganegara Indonesia berumur 19 hingga 60 tahun yang disyaki bekerja sebagai tukang urut, pelayan pelanggan dan pekerja seks ditahan.

Pemeriksaan mendapati, selain perkhidmatan urut dan refleksologi, satu daripada premis tiga tingkat itu ada bilik mewah dan eksklusif yang menawarkan pakej seks dengan harga mencecah ribuan ringgit.

Ketua Imigresen Tawau, Noraini Rasi, berkata pemeriksaan turut mendapati ada bilik khas dipercayai dijadikan sebagai bilik seksaan (torture room), namun siasatan masih dijalankan mengenai kegunaan sebenar bilik itu.

Katanya, satu lagi bilik khas dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi premis.

Beliau yang mengetuai ‘Ops Gegar’ itu berkata, semua wanita ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kita turut menahan tiga lelaki tempatan dipercayai pemilik premis dan enam pelanggan lelaki warga Filipina,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Pusat Tahan Sementara Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63. – BH Online

Tags: ops gegarpusat pelacuranrumah urut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

117 Ditahan Dalam Serbuan Pusat Pelacuran Di Selangor, Negeri Sembilan

27/07/2024
0

Putrajaya : Seramai 117 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menumpaskan dua sindiket pelacuran warga asing dalam operasi khas...

Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

Gempur 7 Pusat Pelacuran Beroperasi Ketika Ramadan

01/04/2023
0

Kuala Lumpur : Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan mulia ini digempur dalam operasi Tindakan Khas Premis Berisiko di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd