• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 26 Tahun… Erma Dan Bade Kini Sah Cerai

oleh
17/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SPEKULASI sebelum ini yang mengatakan pengarah terkenal, Erma Fatima bercerai dengan suaminya, Badaruddin Azmi akhirnya terjawab.

Ia selepas pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Selangor.

Menurut laporan mStar Online, lafaz cerai tersebut dilakukan oleh Badaruddin Azmi atau lebih dikenali sebagai Bade di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sekitar jam 11.35 pagi, Khamis.

Pasangan ini dilihat datang secara berasingan di mana Bade menaiki motosikal dan tiba kira-kira pukul 10.30 pagi.

Manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, ditemani oleh adiknya, Betty Rahmad kemudiannya tiba di mahkamah pada jam 11 pagi.

Terdahulu, Bade selaku plaintiff untuk kes ini telah memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lepas mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dalam kes ini, Erma diwakili oleh peguam Datuk Abdul Jamal Mohd. Lokman Sulaiman manakala Bade pula, tidak diwakili mana-mana peguam.

Erma dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1990 dan dikurniakan lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Kemudian, selepas 15 tahun melayari kehidupan dengan Erma, Bade telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isteri kedua, Aida Abdul pada Mei 2014.

Sebelum ini, pasangan ini menafikan akan bercerai berikutan masih saling menyayangi dan Erma juga mengakui boleh menerima hakikat hidup bermadu.

Tapi, kini semuanya sudah terjawab. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kelihatan @ermafatima tenang selepas selesai urusan perceraiannya dengan pengarah Bade Azmi yang melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Nantikan berita penuh di laman portal mstaronline sebentar sahaja lagi.

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on Aug 16, 2017 at 8:44pm PDT

Tags: artis berceraiErma Fatima
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Bela Ayam.. Bukan Ular, Erma Fatima Luah Rasa Bimbang

27/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai...

Zarina Anjoulie Bercerai Selepas 6 Bulan

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Hanya selepas enam bulan berkahwin, pelakon Zarina Anjoulie, 34, bercerai dengan suaminya, Eilyas Azhar. Zarina atau nama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd