• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Quran Hour Cetus Momentum Luar Biasa

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sinergi media dalam kempen WORLD#QuranHour dan MERDEKA#QuranHour telah mencetuskan momentum luar biasa apabila menyaksikan peningkatan empat kali ganda jumlah penonton program itu di media sosial, hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata peningkatan itu jelas membuktikan peranan besar media yang membantu menyebarluaskan kempen program tahunan itu kepada seluruh masyarakat.

“Pada Ramadan lepas kita dapat capai (penonton) hasil di sosial media, sekitar 46.8 juta tetapi hari ini kita tengok di monitor ada lebih 160 juta. Tahun ini momentum luar biasa sebab ada gabungan dengan media.

“Bayangkan kalau bukan setakat media, tetapi semua orang bergabung,” katanya kepada pemberita selepas program Tea Talk Quran Hour: Interaksi Surah Yasin dan Kemerdekaan di Wisma Bernama hari ini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Hussamuddin Yaacub.

Marhaini berkata susulan fenomena positif itu, pihaknya menyasarkan peningkatan jumlah peserta program daripada 10 juta orang kepada 100 juta di 3,000 lokasi seluruh dunia berbanding 2,000 lokasi sebelum ini.

Sehubungan itu, Hussamuddin menyeru semua media, sama ada media cetak atau elektronik, terus menjadi ejen penggerak dalam usaha menyebarluaskan program yang bermatlamat mengajak umat Islam membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

“Kita merasakan perlu gabung semua. Semua media seolah-olah jadi penganjur bersama. Kita bersinergi untuk menggerakkan kempen ini. Gunakan melalui tulisan atau apa sahaja untuk menyeru,” katanya dan menambah kata perbezaan politik perlu diketepikan untuk menjayakan kempen berskala besar.

“Pegawai agama di (seluruh negeri) perlu bekerjasama untuk menjayakan program ini. Ini bukan (program) politik tetapi ini untuk bantu ummah, kita galakkan penganjuran program dan harus permudahkan,” tegasnya.

Mengulas penganjuran program itu di Bernama hari ini, Azman berkata Bernama menggalas tanggungjawab untuk berkongsi dan menggunakan segala platform yang ada bagi membantu menggerakkan kempen.

“Äpa jua yang kita lakukan adalah tanggungjawab bersama, perpaduan. Kita tidak bersaing, kita sama-sama perkasakan bagi menyebarluaskan lagi kempen yang sudah mencapai satu tahap di luar dugaan,” katanya.

WORLD #QuranHour akan berlangsung pada 31 Ogos di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai lokasi perdana pada pukul 11.30 pagi hingga 1 petang.

Kempen berinteraksi dengan al-Quran, bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’ diadakan secara serentak di seluruh dunia dengan majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Padang Arafah, Makkah.

Pada sebelah petang, program MERDEKA#QuranHour di Dataran Merdeka akan bermula dengan Gema Wahyu pada 5 petang, diikuti Gema Takbir dan acara kemuncaknya pukul 8.30 malam yang menghimpunkan qari dalam dan luar negara serta selebriti memperdengarkan bacaan surah Yasin, sesi tadabbur, tazakkur serta doa untuk Malaysia. – BERNAMA

Tags: #QuranHourAl-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd