• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapat Jemputan Kahwin TTA, Tapi Ajal Yang Jemput Dulu

oleh
15/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah, pemuda ini telah menemui ajal sehari sebeum majlis itu berlangsung.

Sabtu lalu, seorang pemuda berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Aidil tidak sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah apabila dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sebelum Allahyarham meninggal, dia ada memuat naik satu status di Facebooknya yang mengatakan bahawa dia sangat teruja untuk menghadiri majlis kerabat Johor itu. Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah telah melangsungkan pernikahan pada pagi Isnin (14 Ogos) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.

BACA:

Merdeka Sale! Jualan Murah Hijab Bunga Beauty

 

Dia juga telah berkongsi berita gembira itu di dalam Whatsapp group keluarganya sambil memberi tahu bahawa dia tak mempunyai baju melayu teluk belanga. Tapi, dia tetap berusaha untuk mencari pakaian tersebut demi melihat idolanya bersanding.

Abang arwah, Rozaimy Qaisara juga mengatakan bahawa arwah adiknya itu berasa sangat teruja dan hampir setiap malam dia mencuba baju melayu teluk belanga bersama sampin yang merupakan dress code untuk majlis itu.

Arwah Aidil dikatakn terlibat dalam kemalangan di jalan susur dekat Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru. Jenazah telah dikebumikan di kawasan perumahannya di Taman Munsyi Ibrahim.

Aidil juga dikatakan sangat mengagumi Tunku Tun Aminah dan ahli keluarganya berasa sangat terkilan kerana arwah tak dapat menghadiri majlis perkahwinan diraja itu.

Semoga roh Aidil dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWHUB.CC/Ainaa Hafizah

*Video sekadar hiasan…

Tags: majlis perkahwinan tunku tun aminah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Lengan Baju Tunku Tun Aminah Nampak ‘Senteng’

22/08/2017
0

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim setelah melangsungkan perkahwinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd