• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Lengan Baju Tunku Tun Aminah Nampak ‘Senteng’

oleh
22/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGGAL 14 Ogos 2017 lalu menjadi hari cukup bersejarah buat Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim setelah melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah.

Istiadat perkahwinan itu diadakan dalam acara yang gilang gemilang dan penuh dengan istiadat budaya Melayu Johor.

Puteri tunggal ini mengenakan busana tradisi Johor, baju kurung Teluk Belanga membuatkan penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu ternyata menjadi bualan netizen hingga ke hari ini.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor.

“Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” kata Tunku Tun Aminah menerusi wawancara bersama The Royal Johor Press.

Namun, apa yang lagi yang menarik tentang busana yang dikenakan oleh puteri cantik ini adalah lipatan lengannya yang dilipat sehingga kelihatan agak senteng.

Ramai wanita yang menyedari akan perkara ini malah membuatkan mereka tertanya-tanya kenapa.

Okay, kalau diperhati pada gambar ini ciri tersebut ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah.

Sebenarnya, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu. Lipatan itu sememangnya satu gaya dan elemen pada busana Johor asli.

Malah, lengan lipat ini turut diaplikasi oleh lelaki Johor ketika menggayakan baju melayu Teluk Belanga.

Mungkin ada segelintir yang berasa janggal ketika melihat, namun gaya tersebut adalah cukup indah dikenakan oleh seorang puteri.

Orang ramai memuji keputusan Tun Tunku Aminah yang mengenakan busana itu ketika majlis itu kerana bukan sahaja nampak manis sekali gus mengangkat lagi budaya negeri Johor. – MYNEWSHUB/AmyMaizura

Tags: majlis perkahwinan tunku tun aminahTunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Dapat Jemputan Kahwin TTA, Tapi Ajal Yang Jemput Dulu

15/08/2017
0

BELUM sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah, pemuda ini telah menemui ajal sehari sebeum majlis itu berlangsung. Sabtu lalu,...

Khabar Angin Limousin Ini ‘Kereta Kahwin’ Puteri Johor

26/07/2017
0

JOHOR BAHRU - Gambar limousin Hummer berwarna kuning milik keluarga diraja Johor, yang dirakam di sebuah cawangan Puspakom di Muar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd