• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50.6 Juta Dibelanja Untuk Golongan OKU

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak RM50.6 juta peruntukan bantuan telah dibayar kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) di Pahang, sejak 2014 hingga 30 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata kaum Melayu paling banyak menerima bantuan itu, iaitu RM34.34 juta diikuti Cina (RM9.21 juta), India (RM4.4 juta) dan lain-lain (RM2.6 juta).

Selain itu, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang menolak 6,933 permohonan bantuan bagi tempoh sama atas pelbagai alasan termasuk pemohon bukan warganegara Malaysia.

“Faktor lain ialah pendapatan pemohon dan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan siasatan mendapati pemohon terdiri daripada golongan berkemampuan serta tidak berkeperluan mendapatkan bantuan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang ingin tahu jumlah bantuan yang telah diberikan kepada golongan OKU dan juga permohonan yang ditolak JKM beserta dengan sebab.

Menjawab soalan tambahan Leong Yu Man (DAP-Triang) mengenai bantuan kepada golongan warga asing yang ditolak, Shahaniza menjelaskan pemohon kategori itu boleh memohon bantuan daripada kedutaan masing-masing.

“Tetapi kita juga mempunyai NGO (badan bukan kerajaan) yang boleh menyalurkan bantuan dan di Pahang, ada lima NGO yang menerima geran daripada kerajaan Persekutuan.

“Bagi kes melibatkan anak warga tempatan manakala pasangan adalah warga asing, mereka masih boleh membuat permohonan dan kita akan menyiasat jika sesuai untuk diberi bantuan,” katanya.

Beliau berkata pemohon yang tidak berjaya pada permohonan pertama juga boleh mengemukakan rayuan supaya jabatan dapat melakukan siasatan semula untuk mempertimbangkan kelayakan mereka.

Beliau juga dengan tegas tidak bersetuju dengan kenyataan Sim yang mendakwa dirinya ‘tidak faham’ mengapa tiada bantuan disalurkan kepada seorang ibu tunggal dengan lima anak di kawasannya yang baru kehilangan suami seminggu lalu akibat kemalangan jalan raya.

“Saya minta Teruntum berikan maklumat sewajarnya dan kita akan siasat. Ini kejadian baharu,” katanya.

Selain itu, di Pahang, pusat perlindungan di bawah JKM ialah dua rumah perlindungan kanak-kanak bagi golongan kanak-kanak, 51 pusat pemulihan dalam komuniti bagi OKU dan sebuah Desa Bina Diri yang menyasarkan gelandangan.  – BERNAMA

Tags: kementerianOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

“Saya Dah Pernah Laluinya” – Ahmad Idham Dakwa Tahu ‘Mainan Halus’ DAP

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa terdapat ‘mainan halus’ yang dilakukan oleh DAP ketika menerajui...

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

PRN Johor: PM Anwar Pertahan Kor Ming Umum Peruntukan Kementerian, Tidak Langgar Undang-Undang Pilihan Raya

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mempertahankan tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd