• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Guna Bom Buatan Sendiri Letup Mesin ATM

oleh AK-47
14/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Sebuah Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) di Bangunan Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, di Changlun diletupkan dalam cubaan rompakan awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 2.40 pagi itu disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan selepas terlihat kepulan asap keluar dari bangunan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, sebaik menerima laporan sebuah sebuah kereta peronda telah dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya setelah tiba polis terlihat kepulan asap keluar dari ruang bilik yang menempatkan mesin ATM terbabit.

Suspek disyaki menggunakan bom buatan sendiri dengan diselitkan pada bahagian pintu mesin ATM untuk tujuan diletupkan.

Bagaimanapun katanya bom yang digunakan gagal untuk memecahkan pintu mesin ATM terbabit.

Hasil siasatan forensik mendapati terdapat beberapa kesan hangus disyaki belerang pada sebelah kiri mesin ATM dan juga pintu mesin ATM.

Polis juga menemui beberapa butir bebola besi kecil dipercayai digunakan untuk membuat bom.

Bagaimanapun bahan yang digunakan untuk membuat bom gagal ditemukan di tempat kejadian.

Polis sedang meneliti rakaman Kamera  Litar Tertutup (CCTV) bagi mengenalpasti suspek.

Kes disiasat mengikut seksyen 457 dan 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – Astro Awani

Tags: Kedahkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd